Thursday, May 12, 2005

Mengurat Perempuan

Kenapa lelaki suka mengurat perempuan? Apa yang mereka cari? Ada sesuatukah yang ingin dibuktikan? Wujudkah lelaki berkahwin yang bersifat malaikat yang berhenti dari aktiviti mengurat?

Tanyakan kepada lelaki mengapa mereka gemar mengurat wanita, dan tanpa mengira jantina yang bertanya, anda mungkin dipersenda. Tanyakan pada wanita sama ada mereka gemar diurat lelaki, dan sekiranya yang bertanya itu lelaki, hampir psati jawapannya bahawa mereka sangat membencinya.

Tetapi adakah benar tiada serius pada setiap perlakuan lelaki yang mengurat wanita? Benarkah lelaki sekadar bersenda dalam melakukannya, atau barangkali ada hasrat yang benar-benar menginginkan sesuatu daripada wanita berkenaan? Entahlah... persepsi dan rasa setiap lelaki berbeda kerana mereka hanya manusia biasa. Barangkali ada serius dalam permainan, sebagaimana seriusnya ahli sukan hendak menggapai kemenangan. Namun adilkah wanita diperlakukan sebagai piala yang menjadi rebutan dalam pertandingan? Mungkin juga wanita sememangnya gemar diri mereka dijadikan piala rebutan?

Namun tidak semua wanita menjadi sasaran lelaki. Kebanyakan mereka tidakkan dimaklumi walaupun berlaga bahu dan lutut. Sebahagiannya pula masih tidak kelihatan di mata lelaki walaupun suaranya berbisik di telinga. Namun sebahagian yang lain pula sudah mula dinilai rupa bentuk dan lengguk dari seberang jalan.

Jadi apakah sebenarnya yang membuatkan seseorang wanita menjadi tarikan kepada lelaki?

2 comments:

Pootz in Boots said...

Pompan pun suka ngorat gak.. tapi more subtle.. sampaikan lelaki tak perasan yang dia sedang diurat... heheheheheh... tiba tiba je dah masuk perangkap.. babes.... kuang kuang kuang
Kalau anda gembira tepuk tangan...

G-string said...

lumrah...perempuan memang suka kelihatan cantik & menarik tapi tak semestinya bertujuan untuk mengurat atau diurat...sometimes for self satisfaction and to build confidence. lumrah juga, lelaki pantang melihat yg cantik & menarik...semer terpulang kepada individu