Monday, May 16, 2005

Antara Abjad

Pertama sekali aku minta maaf daripada sahabatku Najwa Aiman (di mana kau kini? Kenapa tak bagi aku emel dan contact number kau haaaa????? Mungkin kau tak kenal aku siapa ya? Ingat lagi pada "shahzin wa shahzan"?) kerana menyiarkan puisimu ini dan juga cerita di sebaliknya. Aku harap selepas kau membaca ni, kau terus emel pada aku....SEGERA!!!!

Mengenali Najwa Aiman selama bertahun semenjak zaman belajar membolehkan aku memahami cerita di sebalik puisi yang dinukilkannya. Mungkin benarlah kata orang bahawa ilham itu lahir dari emosi yang lama ditimbun, lalu diluahkan setelah tidak bisa lagi dibendung.

Puisi ni ditulis oleh Najwa Aiman pada tahun 1991 (kalau tak silap - sila betulkan kalau silap - kalau kau berani laaa....) semasa beliau masih belajar di Leeds. Kisah di sebaliknya? Ia ditujukan kepada seorang gadis yang ketika itu sudah hampir 3 tahun dikenali dan dikasihinya. Termasuk aku, tidak ramai yang maklum bahawa setiap abjad di permulaan stanza puisi tu sebenarnya membentuk perkataan tersendiri - AKU SAYANG PADAMU.

Ya, beliau telah memberikan puisi ni kepada gadis tersebut. Aku nyaris jadi posmennya (kalau kau masih tak ingat aku lagi....kau memang hampas plastik!!!). Tetapi seperti yang disebut oleh Najwa Aiman sendiri, (lebih kurang begini) cinta itu rasa, yang meluahkannya bahasa; sekiranya buta, pastilah tiada padanya harga (sorry...aku tibai jek...). Gadis tu adalah di antara mereka yang ramai tidak memaklumi mesej dari abjad permulaan stanza tersebut. Ini puisinya:

Apakah tidak bulan mengerti
Kala bintang-bintang menyinar seri
Ufuk timur di sebalik kejora bersembunyi?


Seandai engkau bisa nampak dan mengerti
Antara ikrar dan sabda dari naluri
Yang terukir di ambang penglihatanmu kini
Ada azimat yang berkalimat penuh erti
Naluri datang asalnya penuh ikhlas dan murni
Gegar dan gempita akibatnya bagi setiap hati


Pada ikrar sabda kata-kata
Ada terselit jutaan rahsia
Di celahan abjad dan huruf yang melata
Ada tersimpan maknanya
Maka terokailah
Untuk kau dan aku


Puisi ni dinukilkan semula oleh Najwa Aiman dalam novelnya Untuk Kau Dan Aku (terbitan Creative Enterprise). Membaca puisi ni di dalam novel tersebut mengembalikan nostalgia persahabatan kau dan aku. (By the way, citer UKDA ni untuk "si dia tu" ke???)

Benar katamu Najwa Aiman... sememangnya aku terkenang memori untuk kau dan aku...

Maaf sekali lagi kerana menyiarkan puisimu.....

p/s: contactlah aku, plastik!!!!!!

3 comments:

G-string said...

jiwang karat ekkk...najwa aiman ni!! lain kali tak payah la berpuisi-puisi ni...sound direct jek kat minah tu...baru la dia paham & tak kena kebas org... biawak idup byk....!!:)

Anonymous said...

Shahzin wa Shahzan! Menara yang masih belum runtuh! Aku masih di sini. Check emel ko!

Err...G-String ni pompan ek? Amik alih tempat awek yg tak paham puisi tu boleh?

G-string said...

ha ah la aku pompuan...tak nampak ke gambor tu?? err....& aku pon sama jenih gak ngan minah tu yg tak reti nak paham puisi atau saje buat2 tak paham...nak kalu...direct jek sound, leceh la nak memahami apa yg tersurat tersirat ni...