Saturday, July 23, 2005

Syarikat kedekut ibarat 'lembu suci'

Berita Harian- 230705
PENYOKONG usul ekonomi, Ahmad Shabery Cheek melabelkan individu dan syarikat korporat yang diberi peluang oleh kerajaan tetapi enggan mengagihkan keuntungannya kepada Umno sebagai 'sacred cow' atau lembu suci.
Wakil Umno Terengganu itu berkata, golongan itu tidak ubah sebagai 'lembu suci' yang diberi makan bukan untuk mendapatkan hasil tetapi hanya mahu disembah dan dipuja.
"Individu dan syarikat yang digelar lembu suci ini mendapat saja apa mereka minta tetapi apa saja salah laku yang dibuat tiada tindakan diambil," katanya yang mendapat sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan.
Dengan memberi contoh Penerbangan Malaysia (MAS) dan Renong Bhd, katanya, syarikat berkenaan dibantu dengan harapan mereka akan memulangkan keuntungan kepada orang Melayu dan membantu usahawan kecil.
Bagaimanapun, katanya satu demi satu syarikat dan individu yang diberi amanah itu memperlihatkan prestasi buruk. Beliau berkata, ketirisan sebenarnya berlaku di kalangan syarikat korporat yang ada modal berbilion-bilion ringgit bukannya di kalangan kontraktor kelas F.
Malah, katanya baru-baru ini, Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) menyifatkan projek penswastaan limbungan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut gagal walaupun mendapat kontrak terjamin bernilai RM25 bilion.
Ahmad Shabery turut menyentuh permit import (AP) dan meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz menjawab segala persoalan mengenai keistimewaan individu yang layak mendapatkannya.
"Kita mohon Kak Dah... bukannya hendak mempertikaikan kementerian beliau atau beliau sendiri tetapi menjadi harapan kita untuk mendengar jawapannya," katanya.
Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman turut menyatakan sokongan kepada presiden parti dalam tindakan berkaitan soal integriti. "Pak Lah bertindaklah, kami semua akan sokong... ini kerajaan Pak Lah bukan kerajaan lain kerajaan yang sudah diberi mandat... kerajaan Pak Lah kerajaan bumi bukan kerajaan langit,
"Kerajaan bumi mesti berpijak di alam nyata... kalau perlu buat rombakan kerajaan, rombaklah Pak Lah, kami semua akan sokong," katanya.

Thursday, July 21, 2005

Living On Credit

Extracts from Rocky Bru's
IT’S not how much you earn, but how much you owe, Ted Turner once said. By 1986, he had US$2 billion (RM7.6 billion) in debt (more than some small Third World countries, he proudly admitted), largely due to his ambitious acquisition of MGM. He became one of the most powerful corporate figures in the world.
In the same demented way, some countries become powerful because of the size of their debts. The United States is the biggest debtor nation in the world. In Turner’s book, the US should rule Earth. And the US, we all know, does.What does it mean? It means that huge debts, which used to be a liability, are now a strategy. The theory, that if you can’t repay your RM100,000 loan, you’re in trouble, but if it ’s RM100 million, your banks are in trouble, still applies.I belong to the RM100,000 category, the wage-earners who contribute towards the economy of this country by working hard to ensure that our relatively meagre bank borrowings don’t turn into bad debts.Most of the time, this is not an issue. But there are always occasions when someone from this bank or that finance company calls to remind you that you are “a little behind” in repaying your loans. It could be your loans for the home, car, motorcycle, insurance or credit cards.But you manage, somehow, most times. The times that you don’t, you get into trouble faster than you think. Your friendly lenders send debt collectors or repossessors. Some people try to save their cars and homes by going to the Ah Long. It can be a start of a vicious cycle, which doesn’t end until you lose everything, including your dignity. Some people take more extreme shortcuts to end their debt woes. The other day some of us wage-earners were discussing how much we owe. It was a depressing exercise. All of us borrowed to buy our homes and cars (and motorcycles, too, for some of us).For the roof over our heads, we are all repaying until we reach 55. I have five years to go on the Sorento, which is about the same as the others had on their rides. All of us own one credit card, at least, although several have up to three. All owe the credit card companies something substantial (between RM3,000 and RM15,000). One guy has destroyed his card so that he can’t use it anymore, and he reckons it would take three years to repay the amount he owes (plus interest) if he manages to pay the minimum amount every month.At the end of the discussion, I concluded that we are a borrowing society. Which does not make us special, of course: citizens of other countries face the same problem, too.I believe our problem is going to worsen unless we start addressing certain issues and/or regulate the way business is conducted in some sectors. The credit card is an obvious problem area. When I was just starting out, you had to qualify for a credit card (you had to prove that you earn a certain sum in a year).These days, if you can sign your name and remember your identity card number, you are eligible. On one hand, it ’s great: you have access to credit. On the other hand, most new entrants to the job market will end up working to pay the interest on their credit card debts.People in the kampungs have enjoyed credit facilities from shopkeepers since before most of us were born. It’s a proven rural financing sytem. But I discovered the other day that the interest charged for some of these easy payment schemes can be extortionate.Someone bought a Malaysian-made small-engined motorcycle on a hefty 10 per cent annual interest rate. Some finance companies are allowing you to stretch the repayment scheme for your car to nine years. We all have been taught not to be tempted to own what we can’t possibly afford.But with such generous terms from lenders, including banks and finance companies, more and more Malaysians will not realise they are living beyond their means. Which cannot be good for the economy.

Renung renungkan lah sahabat2 ku...

Wednesday, July 20, 2005

Akademi Fantasia

Terpanggil hendak menulis sedikit tentang Akademi Fantasia apabila rakan-rakan menyebut tentangnya dalam posting. Aku pun sebenarnya bukanlah peminat AF. Namun menontonnya pernah sekali-sekala apabila tak sengaja kerana kebetulan ketika itu aku berada di hadapan TV bersama famili.

Tetapi mungkin sebab aku tak berapa gemar menonton rancangan nyanyian seumpama itu (seperti juga Juara Lagu, Bintang RTM dan yang seumpama dengannya), maka aku takkan kekal lama di hadapan TV. Dan juga mungkin kerana itulah AF tidak menarik minat aku untuk diikuti.

Namun aku sedar betapa besarnya pengaruh AF terhadap masyarakat Malaysia amnya, dan orang Melayu khususnya. Aku pernah menonton AF3 di TV semasa ia diadakan di Putrajaya (dan bukan di Malawati seperti biasa) di mana ia dibuka kepada umum. Aku juga pernah terperangkap dalam kesesakan di PJ State tahun lepas semasa AF2 diadakan di Dewan Sivik. (Satu kejutan juga kepada aku sebenarnya kerana PJ State sebelum ini tidak pernah sesak sedemikian pada waktu malam). Sememangnya umat Melayu memang ramai yang menjadi fans kepada rancangan ini.

Aku juga sedar betapa banyaknya keuntungan yang telah dikaut oleh Ananda Krishnan melalui Maxis akibat dari AFUNDI. Ini mungkin melayakkan kakitangan mereka mendapat bonus yang melambung-lambung (sepatutnyalah!). Tidakkah ini bagus untuk mereka?

Aku juga sedar betapa ramai anak Melayu, dari pelbagai peringkat umur termasuk yang sudah tua, dapat disatukan bersama disebabkan oleh AF ini. Kalau dahulu sukar benar hendak mengumpulkan ahli keluarga dari pelbagai lapisan usia untuk duduk di hadapan TV pada masa yang sama, namun sekarang AF telah berjaya merapatkan jurang tersebut! Tidakkah ini bagus untuk mereka?

Aku juga sedar betapa lebih ramai anak watan sekarang yang sudah terbuka peluang untuk mereka berdikari dan membuat duit yang lumayan dengan menjadi artis rakaman, DJ radio bahkan MC majlis. Semua ini terhasil dari pendidikan mereka di Akademi Fantasia. Tidakkah ini bagus untuk mereka?

Aku juga sedar betapa peluang untuk menambah pendapatan juga telah terbuka kepada kakitangan pengajar di Akademi Fantasia itu sendiri (seperti Cikgu Adnan, Cikgu Siti Hajar dan lain-lain). Ini juga membuka peluang kepada mereka untuk menjadi lebih tersohor di mata masyarakat dan membuka peluang perniagaan untuk diri mereka sendiri pula (misalnya, Cikgu Yasmin - walaupun tidak tepat untuk mengatakan bahawa AF menjadi penyebab utama baginya membuka kelas tarian persendirian, tetapi AF secara tidak langsung telah membantu memperkenalkan dirinya dan mengangkat kredibilitinya untuk menjalankan perniagaan tersebut). Tidakkah ini bagus untuk mereka?

Justeru mungkin ada banyak lagi kebaikan yang boleh disenaraikan natijah dari AF ini.
Namun pandangan Pak Ungku juga tidak boleh diambil ringan. Walaupun benar AF melalaikan, tetapi AF bukan satu-satunya perkara yang melalaikan.

Tanpa AF pun sebelum ini kita sudah mampu dilalaikan dengan pelbagai benda lain. Kewujudan AF sekadar menambah faktor kelalaian tersebut. Tetapi di sebalik kelalaian yang diakibatkannya, ia juga menambah beberapa kebaikan seperti yang disebutkan di atas. Yang paling penting sudah tentulah kemampuan AF untuk menyatukan ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama, dan juga berinteraksi secara lebih sihat (biasanya penonton akan saling memberi pandangan dan komen/kritikan tentang pelajar yang membuat persembahan - ini bagus sebagai aktiviti bertukar pendapat sesama ahli keluarga).

Apa-apa hal pun, aku percaya, setiap sesuatu itu akan jadi elok kalau dielokkan, dan akan buruk kalau diburukkan, melainkan ia telah dihukumkan buruk sejak awal lagi (misalnya, arak tetap buruk walaupun ia boleh digunakan sebagai painkiller).
Tetapi itu tidak bermakna kita harus melupakan terus akan keburukan yang diakibatkannya....

Kekayaan hakiki - Keserhanaan hidup Rasulullah


(Berita Harian 190705)

KEHIDUPAN Nabi Muhammad s.a.w. sangat sederhana. Pada suatu hari Baginda sedang berehat di rumahnya sambil berbaring di atas tikar yang diperbuat daripada daun-daun tamar.
Tiba-tiba, seorang sahabatnya yang bernama Ibn Mas`ud datang menziarahi Baginda.
Oleh kerana pada masa itu Rasulullah tidak memakai baju, maka Ibn Mas`ud melihat bekas anyaman tikar itu melekat di tubuh Baginda.
Melihat keadaan yang demikian, Ibn Mas`ud bersedih dan menitiskan air mata. Beliau berkata di dalam hatinya: Tidak patut seorang kekasih Allah, seorang pemimpin negara dan seorang panglima tentera hidup dengan cara demikian.
Ibn Mas`ud pun berkata: ``Ya Rasulullah, bolehkah saya membawakan tilam ke sini untuk Tuan?''
Rasulullah menjawab, ``Wahai Ibn Mas`ud, apalah erti kesenangan hidup di dunia ini bagiku.
``Hidup di dunia ini bagiku bagaikan seorang musafir dalam perjalanan jauh, lalu dia singgah sebentar berteduh di bawah pohon kayu yang rendang untuk berehat.
``Kemudian dia harus berangkat meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanan yang sangat jauh dan tidak berpenghujung.''
Dalam suatu peristiwa lain pula, ialah ketika Rasulullah menikahkan puterinya, Fatimah dengan Ali bin Abi Talib.
Pada masa itu Baginda menjemput Abu Bakar, Umar dan Usamah untuk membawakan `persiapan' Fatimah.
Mereka tertanya-tanya apakah yang disiapkan oleh Rasulullah untuk puteri tercinta dan menantunya yang tersayang itu?
Ternyata, Rasulullah hanya menyiapkan gandum yang telah digiling, kulit binatang yang disamak, cerek dan sebiji pinggan.
Apabila mengetahui hal itu, Abu bakar menangis.
``Ya, Rasulullah, hanya inikah persiapan untuk Fatimah?'' tanya Abu Bakar tersedu-sedan.
``Ini sudah cukup bagi orang yang berada di dunia,'' jawab Rasulullah menenangkannya.
Kemudian Fatimah keluar dari rumah dengan memakai pakaian pengantin yang cukup bagus, tetapi mempunyai 12 tampalan! Tiada perhiasan yang berharga mahal.
Setelah bernikah, Fatimah sentiasa menggiling gandum, membaca al-Quran, mentafsirkan kitab suci dengan hatinya, dan menangis. Itulah sebahagian daripada kemuliaan diri Fatimah.
Majlis pernikahan puteri Rasulullah itu memang sederhana kerana kesederhanaan adalah sebahagian kehidupan Rasulullah sendiri.
Sebenarnya, Baginda mampu membuat majlis besar-besaran untuk pernikahan puterinya itu dengan meminta bantuan para sahabat yang kaya.
Namun, sebagai manusia agung, `kemegahan' tidaklah bermakna kebendaan.
Rasulullah ingin menunjukkan kesederhanaan dan sifat qanaah (puas hati), yang merupakan kekayaan yang hakiki.
Baginda pernah bersabda: ``Kekayaan yang hakiki adalah kekayaan iman dan dicerminkan dalam sifat qanaah.''
Bersifat qanaah bererti menerima ketentuan Allah dengan sabar, dan menarik diri daripada kecintaan kepada dunia.
Iman, kesederhanaan dan qanaah adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan.
Seorang mukmin akan bersikap sederhana dalam hidupnya, dan kesedehanaan itu ditunjukkan daripada sifat qanaahnya.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ``Qanaah adalah harta yang tidak akan hilang dan simpanan yang tidak akan lenyap.''

Saturday, July 16, 2005

Extracts from NST 16/07/2005

Privatisation failure’
Jaspal Singh LUMUT, July 15:
The Public Accounts Committee’s verdict on the eight-year privatisation of PSC Naval Dockyard Sdn Bhd is in: the exercise was a gross failure.
Committee chairman Datuk Shahrir Samad said the Government should use any means possible to rescue the ailing dockyard and corporatise it.He also wants the Government to investigate the possibility of criminal breach of trust among senior officials of the company which could have taken operations to such depths of failure. Shahrir said the company’s principal problem was its inability to deliver two high-tech offshore patrol vessels (OPVs) to the navy on time. "The navy, dockyard workers and the contractors/suppliers are definitely not happy with the current leadership and management of the dockyard."Its situation andcondition today expressly shows that the privatisation failed. It is time for the Government to step in and de-privatise the dockyard to revive confidence by all concerned parties," he said after a visit to the dockyard with several committee members today.Shahrir said the company could have been financially viable today had it been prudent and wise in managing the Government contract of more than RM5 billion for six OPVs.But due to late delivery, the Government had to spend an extra RM140 million to keep to the RM1.8 billion price tag agreed upon in 1998.OPVs I and II were supposed to have been delivered to the navy last year but technical problems delayed the handover to this September.Work on the first two OPVs is about 95 per cent complete, OPV III and IV: almost 50 per cent, and OPV V and V1: less than 10 per cent.Shahrir said the eight-year dockyard episode was "a lesson for the Government to be more careful where costly expenditure is concerned".Shahrir said the failure had nothing to do with the competence of dockyard workers or the lower and middle management.The Government had also awarded the company a contract to build 21 more OPVs estimated at more than RM18 billion.Other members of the committee present included deputy chairman Dr Tan Seng Giaw, Datuk Liow Tiong Lai and M. Kulasegaran.

Projek limbungan TLDM gagal

Berita Harian 16 July 2005
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim

LUMUT: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyifatkan projek penswastaan limbungan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd (PSC-ND), gagal dan mahu kerajaan mengambil alih pengurusannya.Pengerusinya, Datuk Shahrir Samad, berkata PAC mendapati pengurusan dan kepemimpinan PSC-ND amat lemah hingga menyebabkan projek pembinaan kapal peronda (PV) generasi baru TLDM bermasalah kerana beban hutang kepada kontraktor, pembekal dan vendor tempatan yang jumlahnya mencecah RM80 juta.Beliau berkata, kesimpulan itu dibuat selepas ahli PAC mendengar taklimat Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengenai penswastaan Naval Dockyard Sdn Bhd (NDSB) pada harga RM300 juta sebelum dinamakan sebagai PSC-ND serta taklimat TLDM mengenai kesan selepas penswastaan itu dan pihak Kesatuan Sekerja PSC-ND.“TLDM tidak berpuas hati dengan khidmat diberikan limbungan selepas penswastaan manakala kesatuan sekerja mengakui penswastaan tidak mencapai matlamat.“Hasil taklimat ketiga-tiga pihak, PAC membuat kesimpulan penswastaan limbungan ini gagal. Kita meminta kepada Kementerian Kewangan, EPU dan Kementerian Pertahanan melihat kepada pilihan yang ada pada kerajaan untuk menamatkan penswastaan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mengetuai sekumpulan ahli PAC mendengar taklimat dan melawat limbungan itu, semalam.Ahli PAC lain yang bersamanya termasuk Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw, Datuk Liow Tiong Lai dan M Kulasegaran.PSC-ND diberi kontrak bagi membina 27 PV dengan pesanan pertama enam kapal bernilai RM5.4 bilion. Bagaimanapun, PVI dan PV2 yang sepatutnya diserahkan tahun lalu, belum dapat digunakan TLDM kerana masalah teknikal.Shahrir berkata, pilihan yang PAC mahu kerajaan lihat adalah:l Mengkaji berapakah kos diperlukan kerajaan untuk mengambil alih limbungan itu berdasarkan formula perjanjian penswastaan.l Menetapkan satu badan bebas bagi menyiasat dan membuat penilaian keadaan limbungan sepanjang diswastakan.l Penyelesaian kepada syarikat PSC-ND, melalui pemegang saham mereka dan kerajaan mempunyai saham dan boleh menstabilkan keadaan dan menguruskannya dengan cara baik.PAC juga mahu kerajaan menyiasat kes itu dan mendakwa jika berlaku penyelewengan.“Kita sudah arahkan kerajaan jika ada kes jenayah seperti pecah amanah dan penyelewengan, kami mahu pihak kerajaan tidak bertolak ansur,” katanya.Ditanya punca kegagalan penswastaan limbungan itu, Shahrir berkata: “Sikap tamak, kelemahan pengurusan dan kepimpinan atasan syarikat.”Beliau berkata, projek itu berdaya maju jika pengurusan baik dan berhemah kerana mereka diberi jaminan projek antara RM100 dan RM110 juta setiap tahun.“Saya rasa kegagalannya kerana sifat tamak. Bila dia (syarikat baru) dah bayar RM300 juta, dia sudah dijanjikan kontrak RM5 bilion jangka pendek dan RM25 bilion bagi jangka panjang.“Dia tengok, saya akan jadi orang kaya, dia `makan cepat-cepat', dia tidak fikir ini tanggungjawab yang berat yang patut dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.Shahrir berkata, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan perlu mencari jalan mendapatkan peruntukan tambahan bagi ‘menyelamatkan' PV1 dan PV2 yang mencapai tahap 95 peratus penyiapannya bagi membolehkannya diserahkan kepada TLDM.

Bertekak

Aku tak suka bertekak. Aku benci sangat! Aku tak kisah orang berdebat. Aku suka dengar orang berdebat, terutamanya dalam majlis tak rasmi. Tapi tolonglah jangan bertekak! tolong... aku rayu sangat...

Apa bezanya ya? Ada bezanya. Bezanya dalam berdebat kita kemukakan hujah, kan? Hujah yang logik. Yang berasas. Yang ilmiah, kan? Aku percaya dalam perdebatan, semua pihak yang berdebat maukan objektif yang sama - resolusi. Betul kan?Tapi bertekak ni lain. Lain sangat. Bertekak ni sekadar melepaskan marah. Berkelahi ya? Berselisih pendapat kan? Keluarkan pendapat ikut rasa semata-mata. Dan objektif masih sama tapi berbeza. Bagaimana ya? Objektif yang sama tapi bercanggahan antara semua pihak yang terlibat. Macam mana tu? Semua pihak nakkan pihak dia yang menang. Itu la objektifnya, kan? Kemenangan untuk pihak masing-masing. Tapi takkan semua pihak boleh menang pada masa yang sama ya? Sampai bila-bila pun takkan ada yang menang, kan?Aku sedih kalau sahabat aku bertekak.... sedih sangat...

Wednesday, July 13, 2005

Jangan Menipu

Suka ya menipu? Nak lepaskan diri yang dah cornered, maka carilah scapegoat. Siapa yang sudi maka dialah kambingnya. Kambing bersifat apa ya? Tak mandi. Busuk. Tak sekolah. Bodoh. Mengembek dalam nada yang sama walau dalam apa keadaan pun. Sudi jadi kambing? Dah tentu mereka yang tak sekolah saja yang sudi.

Untuk lepaskan sesak pun orang akan menipu. Tipu dokumen. Tipu orang lain. Tipu kerajaan. Tipu penyamun. Orangyang bersekongkol pulak? Kambingkah mereka? Kalau mereka bersekongkol dengan menjadi scapegoat, maka kambinglah. Kalau mereka bersekongkol dengan membantu, apa pulak ya? Kalau perpetrator yang membuat, accomplice la jadinya mereka tu. Subahat. Sama saja status dan standardnya dengan penjenayah tu sendiri.

Yang tak bersekongkol tapi mengetahui penipuan tu berlaku pulak? Haruskah bertindak? Serupa tak dengan seseorang yang nampak bom dipasang pada sebuah keretapi, tetapi tak buat apa-apa pun. Malah dia sendiri pun naik keretapi yang sama.

Mungkin letupan tu akan membunuh semua penumpang tak berdosa yang ada di dalam keretapi. Mungkin serpihan letupannya akan mencedera malah membunuh manusia yang berkampung di pinggir landasan keretapi. Mungkin orang yang tahu kewujudan bom itu tidak dikesali oleh sesiapa akan matinya. Tetapi bagaimana dengan penumpang yang lain? Orang kampung di tepi landasan?

Sanggupkah menghadapi ke semua mereka dan waris-waris mereka di akhirat kelak?

Saturday, July 09, 2005

Teka Lagi


Yup! It's our very own 11 heaven K-Ozist! Guess who????

  • macam kucing... quiet but u'll find out the fire within once the border's crossed
  • friendly but meticulously careful (???)
  • diminati? hmm..... hmmm..... oleh siapa ya?

Thursday, July 07, 2005

Those Days... Now... Tomorrow...?

Those were the days! Such happy times. The team was good. The environment was good. The money was good. Everything was good. And most importantly... everybody was a good friend to each other.

Now only true friends remain friends. Other things have changed. Those were the days. Now are the days.

Wonder what tomorrow would be......................

Saturday, July 02, 2005

Kuda....kopi satu

Si Poyo haus dia nak minum kopi, so dia pun nak suruhlah kuda-kuda dia buat kopi. Poyo pun cakap kat kuda A, ko buatkan aku kopi segelas, aku nak minum panas-panas, buat sekarang. Lepas tu kuda B lalu depan si Poyo. Si Poyo pun cakap.....ehh B, kau buatkan aku air kopi satu gelas, aku nak minum masa tengah panas-panas, kau buat sekarang. Lepas tu datang pulak kuda C (yang sebenarnya nak jumpa si Poyo pasal nak tanya benda lain) si Poyo pun cakap kat kuda C, emm...C, kau buatkan aku air kopi satu gelas, aku nak minum masa tengah panas-panas, kau buat sekarang. Pas tu Poyo pun nak pergi bilik air, terserempak dengan kuda D, Poyo pun cakap kat D,..D, kau buatkan aku air kopi satu gelas, aku nak minum masa tengah panas-panas, kau buat sekarang. Lepas tu si Poyo keluar dari bilik air dia terserempak dengan si E, Poyo pun cakap dengan E, E..kau buatkan aku air kopi satu gelas, aku nak minum masa tengah panas-panas, kau buat sekarang. So si kuda A,B,C,D dan E pun masing2 buatlah kopi. Tapi depa semua tak tahu yang masing2 dapat same instruction dari si Poyo.
Bila kopi2 tu semua dah siap, maka sekor2 kuda pun masuklah bilik si Poyo sebab nak bagi kopi yang depa dah buat tadi, sekor2 cakap dgn si Poyo 'ni kopi yg tuan nak tadi'. Sekali Poyo tengok kopi sampai 5 gelas daa...pas tu Poyo cakap kat depa..tak pe hang letak kat atas meja. Pas tu si Poyo terus blah, segelas kopi pun dia tak minum. 2 hari lepas tu barulah si Poyo ni masuk balik ke bilik dia, pas tu dia tengok ada 5 gelas kopi kat atas meja dia, then baru dia teringat 2 hari lepas dia ada suruh kuda2 buat kopi...so dia pun minumlah kopi tu satu per satu. Bila dia minum je..dia rasa kopi tu dah sejuk..Poyo pun cakap..'cis aku nak kopi panas, ni kopi sejuk'. Dia rasa gelas lagi satu 'ni pun sejuk'. Dia rasa yang lelain pun semua dah sejuk.
Pas tu si Poyo pun panggil semua kuda2 masuk miting. Dia pun cakap, aku suruh hang buat kopi panas bukan kopi sejuk. Salah satu kuda pun cakap, 'tapi tuan...kopi tu dah 2 hari kami buat, so memanglah dah sejuk.'
Baghal ekk si Poyo ni.

S A B A R

Pernah tengok citer Sabarudin Tukang Kasut? Dalam tu P. Ramlee ada nyanyi lagu berjudul Sabar. Ni lagunya, tapi liriknya aku tukar laaaa........

Sabar

Beginikah derita
Hai nasib pekerja kat sini
Bulan dah bertukar
Masih belum dapat gaji
Camane
Nak pergi joli
Apakan daya
Berhutang ceti
Duit kereta
Blom bayar lagi
Minggu depan
Aku jalan kaki

Di mana keadilan
Yang aku harap-harapkan
Tokey masih jutawan
Aku anak beranak
Kebulur tak makan
Disuruh kerja
Sampai pukul sembilan
Sedangkan gaji
Tak mampu lunaskan
Inikah
Yang dipanggil insan
Atau sebenarnya
Dialah syaitan

Mengapakah tak ada
Rasa malu pada kita
Dikerahnya bekerja
Sedangkan gaji
Tak bayar juga
Dah hilang
Rasa percaya
Kini dah rasa
Menyampah pula
Kalau tunggu
Lebih lama
Nyampah bertukar
Jadi benci pula