Monday, May 16, 2005

Curang dan Cinta - Kekejian vs Kesucian?

Apakah yang diertikan dgn curang? Berbezakah curang bagi pasangan berkahwin berbanding pasangan berkasih? Objektifkah curang ini, atau subjektif, bergantung kepada pemahaman pasangan masing-masing?

Rasa-rasanya tiada siapa yang akan menafikan bahawa curang adalah satu perbuatan yang keji - tidak kiralah curang terhadap orang baik atau orang jahat. Bila seorang perompak curang terhadap pasukannya, ia tetap satu kejahatan di mata rakan-rakannya. Apatah lagi apabila seorang suami atau kekasih curang terhadap pasangannya.

Namun curangnya seorang kekasih terhadap pasangannya itu disebabkan apa ya? Kerana cintanya terhadap orang lain atau atas desakan nafsu berahi semata-mata? Barangkali di sinilah letaknya perbedaan yang meletakkan kecurangan dalam kategori subjektif.

Apa perasaan seorang wanita jikalau pasangan lelakinya jatuh cinta dengan orang lain? Bagaimana pula kalau pasangan lelakinya itu sekadar mengadakan hubungan seksual dengan orang lain tetapi tidak melibatkan sebarang perasaan cinta (misalnya, si lelaki sekadar meniduri GRO)? Begitu juga bagi lelaki pula apabila berlaku sebaliknya. Samakah persepsi antara lelaki dan wanita terhadap senario yang sama ini?

Apa rasa sebenar kalian jika ini berlaku terhadap kalian sendiri?

5 comments:

G-string said...

hmm...interesting!! to my personal view,perception, or perhaps experience...perempuan, gelfren atau isteri jarang yg akan curang pada lelaki, boifren atau suami melainkan jenis yg memang bitchy yg berkarekter gitu. yes, i dont deny memang ada perempuan macam tu...but, for a woman, when she truly loves a man, she will expect the same from the man build from trust. TRUST is the keyword here...selagi kepercayaan itu tidak dinodai, perempuan tidak akan berlaku curang. kalau ia berlaku, mungkin kerana perasaan membalas dendam apabila kepercayaan yg diberikan olehnya tidak dihargai oleh lelaki tersebut. Mungkin akan ada rasa sakit hati..an eye for an eye or kalau kau boleh buat, aku pun boleh...selalunya, sukar untuk perempuan yg sudah dikhianati kesetiaannya mempercayai kekasih/suaminya sebagaimana sebelumnya. bila timbul keraguan munasabah, mungkin juga akan berlaku kecurangan yg tidak munasabah. mungkin pada lelaki, lebih2 lagi yg telah bergelar suami, menyimpan isteri di rumah, menjaga anak2, kalau keluar cantik bertudung.. adalah wajar untuk dilakukan olehnya sementara dia berada di pusat hiburan memeluk & menari bersama perempuan lain sekadar berseronok2...dia boleh berkata tidak ada apa2 hubungan dgn perempuan tersebut, tanpa mengira perasaan isteri. whether he is having a relationship or not with that woman, pernahkah dia terfikir apa perasaan isterinya???

G-string said...
This comment has been removed by a blog administrator.
G-string said...
This comment has been removed by a blog administrator.
G-string said...
This comment has been removed by a blog administrator.
G-string said...
This comment has been removed by a blog administrator.