Tuesday, May 17, 2005

Aspirasi

Puisi ni diambil dari koleksi peribadi seorang teman. Sekiranya kau membaca ni, kau samanlah aku...! Berani? Kalau tak berani contact aku cepat!!!

Kalian boleh teka siapa pengarangnya? Style dia tak lari biasanya. Perhatikan...


Perlukah jasad disentuh jejari
Untuk mengenal hati dan budi
Perahu nelayan dilepas tali
Masin laut hendak diuji?

Mungkin sekadar bertukar bicara
Di alam maya yang tanpa rupa
Sekadar wajah yang dibayangi kata
Siratan makna sekadar diteka

Pastinya hasrat tidakkan sampai
Impian masih sekadar digapai
Selangkah lagi tak mungkin dicapai
Harus disandung onak dan denai

Tegar semangatku masih perkasa
Tersandung kaki melangkah juga
Biar berkirai bebat bahtera
Tidakkan hanyut tanpa samudera

Andai takdir menentukan
Samudera bertandang dijemput taufan
Bahtera hanyut ditelan lautan
Di pantai melandai tersungkurlah nelayan

Hanya pada ketika itu
Baru berakhirnya langkahku

3 comments:

Anonymous said...

Phewitt..cayalah! Shine on shine on lets make harmony!

Anonymous said...

Sebenarnya ko simpan kat mana sumer koleksi peribadi orang lain ni? Ko nak jadi khutub-khanah ke haper? Koleksi sendiri tak ada ke?

Ko dah baca emel aku ke blom? Bila nak perkenalkan aku pada member2 ko sumer ni?

Pootz in Boots said...

Hi Najwa Aiman!
Nak berkenalan dengan kami semua? Hmmm.....larat ke?