Monday, May 16, 2005

Aku, Kau Dan Dia

Puisi ni ditulis oleh seorang teman bertahun dulu. Aku tertarik sungguh dengan puisi ni. Suka banget! Sekali baca macam tak ada apa-apa. Tapi bile dibaca lagi sambil dihayati, bisa menghamburkan emosi dengan pilu.

Cuba imaginasikan....

Gelisah yang melanda hati ini
Membuat aku jadi tak tentu
Mana mungkin dapat kupaksa diri
Menyintai dan menyayangimu
Sedangkan kau tahu
Di hati ini masih ada dia

Telah kucuba melukis wajahmu
Mewarnai jiwaku yang sepi
Namun aku tak berdaya
Gambaran wajahnya jua yang menjelma
Membelai jiwa melayani masa
Mendamaikan syahdu

Kau yang menyayangi
Dia yang kusayangi
Kau yang merinduiku
Dia yang sering kurindu
Salahkah aku kerana tidak menyintai
Salahkah aku kerana mengingati

Maafkan aku wahai teman
Tidak terniat aku melukai hatimu
Ku harap agar kau mengerti
Betapa dia yang ku tunggu
Kerana rinduku
Hanya untuk dirinya

Maafkan aku…
Kau sahabatku…
Dia pilihan hatiku…


~(nama dirahsiakan atas permintaan penulis)~

No comments: