Saturday, June 04, 2005

Potong Gaji?

Boleh tak kalau company tetiba decide nak potong gaji staf? Tetiba dapat payslip tengok gaji masuk separuh jek. Atau pun tetiba dapat surat bagitau bulan depan gaji masuk separuh. Boleh tak?

Dari segi undang-undang camne? Kebanyakan orang kata tak boleh sebab dalam offer letter dah disebut gaji berapa dan dua2 pihak sain surat tu sebagai kontrak yang dipersetujui bersama. Okey... fine... betul jugak.. TAPI????

Haaa..... tapi... bagi orang yang dah kerja, say, tiga tahun. Offer letter tu mesti bertarikh tiga tahun lalu kan? Gaji yang disebut dan dipersetujui bersama tu ialah apa yang dipersetujui tiga tahun lalu. Assuming selama tiga tahun tu staf tu dah dapat dua kenaikan gaji. Semasa dia dapat kenaikan gaji tu, dokumen apa yang terlibat dalam transaksi? Unilateral atau bilateral? Dua-dua pihak sain?

Majikan mesti suka bila baca part ni kan? TAPI????

Sesuatu transaksi gaji tu bukan ke dikira sudah ada persetujuan bilateral bila majikan BAYAR dan pekerja TERIMA? Tak gitu ke? Jadi bila selama ni majikan bayar kenaikan gaji, dan staf terima gaji tu tanpa bangkangan, bukan tu dah dianggap sebagai acceptance ke???

Camne ek? Korang lawyer kan? Sam the Great yang tinggi lampai sampai aku tak sampai tu lawyer kan? Sila explain sket....

3 comments:

Pootz in Boots said...

Tak b oleh la beb.. foton gaji kene dapat persetujuan... kampeni kene explain and justify apasal nak kene foton gaji and apakah langkah2 lain yang sudah diambil untuk cut costs... pastu kena agree, berapa lama ini foton akan berjalan, a specific period kene dipersetujui and kene jugak decide samada akan di bayar semula tak apa yang sudah foton.. kiranyer kene ada supplementary contract for original contract macam jugak masa naik gaji, kampeni ada bagi surat and kalau ada yang tak sudi terima gaji tersebut, boleh bangkang (tapi takde sesapa yang bangkang la kan?). Kene ingat, apa apa yang dipersetujui dalam kontrak, boleh dibagi lebih but bukan kurang.. macam jugak dalam kontrak tu kata keje 9-5 kan, yang lebih2 terlebih2 sesangat kerje tu takdelah plak kampeni bangkang kan? cuma yang terkurang masa kerja (punch kad merah.. especially CEO isketambiul ni), itulah yang kampeni bangkangkangkang....hmmm.. tapi wa rasa rasa tak sempat wat foton gaji ni... something else will happen... berpantang mau sebelum ajal babes....

G-string said...

setuju...dlm offer letter takde sebut pasal potong gaji tapi pasal increment ada sebut bergantung pada performance. potong la gaji aku...tau la aku nak pedajal balik!!

Shaff said...

Gaji kita mana da? Ni dah 7hb. kena tunggu sampai 10, 15? Nauzibillah. Ya Allah cepatkanlah gaji kami masuk.