Friday, January 04, 2008

Untuk Makluman Kengka



Alhamdulillah, kawan dan adinda kawan, era, telah selamat dinikahkan pada hari sabtu 2hb Jun 2007, jam 9.30 malam di rumah orang tua kawan di taman uda, johor bahru. Kami cuma adakan majlis yang ringkas sahaja, iaitu hanya upacara akad nikah dan jamuan makan. Para jemputan cuma saudara mara yang rapat, jiran2 dan kawan2 yang terdekat. Kad jemputan tak buat, cuma jemput mulut.

Imam yang menikahkan kami ialah Imam Mahad (Datuk), imam besar Masjid Sultan Abu Bakar. Kebetulan dia ni saudara mak kawan, maka mak kawan memang request dia untuk nikahkan kami. Seperti yang janjikan, imam mahad tiba di rumah kawan selepas waktu Isyak, iaitu kira-kira pukul 9.30 malam.

Segala persiapan untuk majlis malam tu kawan buat secara ala kadar sahaja. Hidangan yang kami sediakan pada malam tu ialah nasi beriani lauk daging masak beriani, ayam masak merah, laksa johor dan rojak petis. Semuanya dimasak sendiri oleh keluarga kawan dan dibantu jiran2.

Rombongan adinda kawan dari seberang tiba lebih kurang pukul 9mlm. Sedara mara adinda kawan yang datang lebih kurang 20 org. Member2 sepejabat adinda kawan dari seberang yang datang lebih kurang 20 org. Member2 dia semua excited sebab mereka tu semua bukan melayu (e.g. Chinese, Japanese, Greek, American dan Indian) so mereka rasa macam best sangat dapat pergi majlis kami, majlis orang melayu.

Kawan memang tak hebahkan sangat dengan member2 berita tentang kawan akan bernikah. Kawan cuma beritahu dan jemput member2 pejabat kawan di JB je. Member2 kat KL, kawan cuma beritahu dan jemput zahrin dan yasmin je (member baik kawan masa di ITM dulu). Member2 yang lain2 kawan tak beritahu lebih-lebih lagi pada member2 yang kenal dengan bekas isteri kawan dan tak tahu yang kawan dah bercerai. Bukannya kawan nak berahsia sangat tentang pernikahan kawan kali yang ke-dua ni cuma kawan belum bersedia untuk bercakap pasal perceraian kawan dengan bekas isteri kawan.

Hari sabtu 29 Dis 2007 yang lepas kawan rasa sudah tibalah masanya untuk kawan beritahu dan kenalkan adinda kawan pada member2 k-oz. Kepada member2 k-oz yang berkesempatan berjumpa dengan adinda kawan di izzi hari tu, kawan ucapkan terima kasih kerana sambutan baik yang telah diberikan. Mohon doa restu dari kawan2 agar rumahtangga kami kekal dan bahagia.

Alhamdulillah, adinda kawan juga senang dengan ahli2 k-oz yang ada di izzi pada hari tu. The food was good, restoran tu best dan the reunion was great. We are also looking forward for the next reunion.


p/s Gambar yang boleh kawan posting kan ni adalah gambar yang ada dalam pc kawan ni. Gambar yg lain ada dalam album (tak de softcopy).