Sunday, May 29, 2005

Tanda Apa Sebenarnya?



Sekarang ni banyak sungguh orang jumpa tanda-tanda kebesaran Allah dalam berbagai bentuk - corak cuping telinga budak, tanda di tapak tangan bayi yang lahir, kertas dalam mulut bayi, susunan pokok-pokok di Jerman - macam-macamlah!

Masa aku baca benda2 ni sumer, aku tak terfikirkan apa-apa pun masa tu. Aku cuma fikir, buduh benar mereka yang masih tak mahu terima kebenaran.

Tapi fikiranku segera berubah apabila benda yang sama terjadi pada aku sendiri. Gambar di atas tu sebenarnya Milo ais yang aku bancuh di rumah. Selepas beberapa teguk, aku letakkan di meja makan di dapur sambil buat kerja lain. Lepas tu bila aku datang balik utk seteguk dua lagi, tu dia! Korang nampak tak? Buih-buih tu membentuk nama Allah! Clear sangat!!!

Aku terkejut sampai rasa nak terkencing! Lepas tu baru aku terfikir balik. Kenapa Allah tunjukkan tanda2 ni semua?

Aku terfikir semula. Tak cukupkah semua kejadian normal yang ada dalam dunia skg ni utk membuktikan kebesaran dan kekuasaan Allah sehingga Allah harus tunjukkan kebesaran-Nya dan kekuasaan-Nya dlm bentuk pelik2 macam ni? Kejadian bumi, lautan, angkasa, tumbuh-tumbuhan, haiwan. Bahkan kejadian manusia itu sendiri sebenarnya dah cukup untuk menunjukkan kebesaran dan kekuasaan-Nya.

Tapi Allah tunjukkan dalam bentuk kejadian pelik dan kebetualn seperti ni juga! Aku terfikir... adakah aku juga sebenarnya sudah lupakan Tuhan? Adakah Allah sengaja mahu tunjukkan padaku juga bahawa aku sudah terlupa hakkat yang Allah itu Maha Berkuasa dan aku akan kembali pada-Nya suatu hari nanti yang entah bila?

Aku takut. Takut kerana Allah tunjukkan kekuasaan-Nya directly pada aku! Mula-mula aku tak mau bagitau sesiapa. Tapi selepas memikirkan bahawa tanda kebesaran dan amaran Allah harus disebarkan ke seluruh dunia, maka aku siarkan di sini.

Moga-moga semua orang kembali insaf - bahawa jika Allah terpaksa menunjukkan kekuasaan-Nya dalam bentuk yang pelik, bererti Allah Yang Maha Mengetahui tahu bahawa umat Muhammad SAW ini sudah semakin melupakan Tuhan dan menganggap diri mereka sendiri begitu agung dan hebat sehingga menafikan penguasaan Yang Maha Esa ke atas dirinya!

1 comment:

G-string said...

laa....dulu masa tunjuk gambar tu kat aku kan, aku ingat tu air teh ais...bukan ekk?? air milo ais rupanya.