Sunday, May 29, 2005

Apa Yang Tak Kena?

Aku tengah pening menyiapkan proposal yang bos kita nakkan sangat ni kan... Pening rasa macam nak bunuh diri jek. Tapi tak boleh la bunuh diri. So aku pun surf folder aku sendiri. Aku jumpa gambar ni. Cute sangat!!! Cute sebab semua ada kecuali aku.

Aku cuba jugak cari apa-apa yang janggal dalam gambar ni... sajer nak buang masa sambil lepas tensen. Kalau-kalaulah ada yang janggal. Ada la jugak aku jumpa dua tiga benda yang janggal. Misalnya, mat romeo tak berposing bersama pompan, tapi sebaliknya abang long pulak yang amik alih... hehehehe....

Lagi... antara jantan-jantan terhangat kat belakang tu, dah tau dah siapa paling tinggi. Untuk mengelakkan dari dicam oleh seluruh dunia, maka tu pasallah yang paling rendang tak join dalam gambar ni.

Pastu... dalam ramai-ramai tu, ada jugak orang yang walaupun lokasi gambar ni bukan kat kubikal dia, dia tak pakai kasut. Mana kasut kau ya?

Ada lagi... aku rasa aku tau kenapa kawan kita tu yang terpilih untuk ke overseas... hehehe.... sebab antara sumer jantan, dia sorang je yang berjanggut.

Lepas tu aku terpandangkan pencil sharpener tu, aku pun teringat tentang assignment yang towkey suruh buat ni. Nak sambung buat assigment la. Takut towkey menyendeng sebelah aku Isnin nanti kalau assignment tak siap. Gelilah!!!

Yang lain-lain tu korang carilah sendiri... jangan kacau aku!

4 comments:

G-string said...

cutenya....hihihihiiii...gambar ni jadik kiut pun sebab ko tak masuk dlm gambar la lampin...kalo ko ada mesti sepoil...hahahah

Pootz in Boots said...

Tak semer K-Ozist ada kat dalam gambar ni and ada sorang yang bukan K-Ozist ada dalam gambar ni..... eh, comelnyer aku....

Mr Sam said...

Ohh...rupa2nya ko tak de dlm gambar ni ya Lampin. Ko bukan ada kat belakang kami ke, tapi tak masuk dalam gambar sbb rendang.

Lampin said...

Amboi...melangkau alam cyber hobi mengutuk ko tu ek....?