Saturday, July 16, 2005

Projek limbungan TLDM gagal

Berita Harian 16 July 2005
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim

LUMUT: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyifatkan projek penswastaan limbungan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd (PSC-ND), gagal dan mahu kerajaan mengambil alih pengurusannya.Pengerusinya, Datuk Shahrir Samad, berkata PAC mendapati pengurusan dan kepemimpinan PSC-ND amat lemah hingga menyebabkan projek pembinaan kapal peronda (PV) generasi baru TLDM bermasalah kerana beban hutang kepada kontraktor, pembekal dan vendor tempatan yang jumlahnya mencecah RM80 juta.Beliau berkata, kesimpulan itu dibuat selepas ahli PAC mendengar taklimat Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengenai penswastaan Naval Dockyard Sdn Bhd (NDSB) pada harga RM300 juta sebelum dinamakan sebagai PSC-ND serta taklimat TLDM mengenai kesan selepas penswastaan itu dan pihak Kesatuan Sekerja PSC-ND.“TLDM tidak berpuas hati dengan khidmat diberikan limbungan selepas penswastaan manakala kesatuan sekerja mengakui penswastaan tidak mencapai matlamat.“Hasil taklimat ketiga-tiga pihak, PAC membuat kesimpulan penswastaan limbungan ini gagal. Kita meminta kepada Kementerian Kewangan, EPU dan Kementerian Pertahanan melihat kepada pilihan yang ada pada kerajaan untuk menamatkan penswastaan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mengetuai sekumpulan ahli PAC mendengar taklimat dan melawat limbungan itu, semalam.Ahli PAC lain yang bersamanya termasuk Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw, Datuk Liow Tiong Lai dan M Kulasegaran.PSC-ND diberi kontrak bagi membina 27 PV dengan pesanan pertama enam kapal bernilai RM5.4 bilion. Bagaimanapun, PVI dan PV2 yang sepatutnya diserahkan tahun lalu, belum dapat digunakan TLDM kerana masalah teknikal.Shahrir berkata, pilihan yang PAC mahu kerajaan lihat adalah:l Mengkaji berapakah kos diperlukan kerajaan untuk mengambil alih limbungan itu berdasarkan formula perjanjian penswastaan.l Menetapkan satu badan bebas bagi menyiasat dan membuat penilaian keadaan limbungan sepanjang diswastakan.l Penyelesaian kepada syarikat PSC-ND, melalui pemegang saham mereka dan kerajaan mempunyai saham dan boleh menstabilkan keadaan dan menguruskannya dengan cara baik.PAC juga mahu kerajaan menyiasat kes itu dan mendakwa jika berlaku penyelewengan.“Kita sudah arahkan kerajaan jika ada kes jenayah seperti pecah amanah dan penyelewengan, kami mahu pihak kerajaan tidak bertolak ansur,” katanya.Ditanya punca kegagalan penswastaan limbungan itu, Shahrir berkata: “Sikap tamak, kelemahan pengurusan dan kepimpinan atasan syarikat.”Beliau berkata, projek itu berdaya maju jika pengurusan baik dan berhemah kerana mereka diberi jaminan projek antara RM100 dan RM110 juta setiap tahun.“Saya rasa kegagalannya kerana sifat tamak. Bila dia (syarikat baru) dah bayar RM300 juta, dia sudah dijanjikan kontrak RM5 bilion jangka pendek dan RM25 bilion bagi jangka panjang.“Dia tengok, saya akan jadi orang kaya, dia `makan cepat-cepat', dia tidak fikir ini tanggungjawab yang berat yang patut dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.Shahrir berkata, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan perlu mencari jalan mendapatkan peruntukan tambahan bagi ‘menyelamatkan' PV1 dan PV2 yang mencapai tahap 95 peratus penyiapannya bagi membolehkannya diserahkan kepada TLDM.

Bertekak

Aku tak suka bertekak. Aku benci sangat! Aku tak kisah orang berdebat. Aku suka dengar orang berdebat, terutamanya dalam majlis tak rasmi. Tapi tolonglah jangan bertekak! tolong... aku rayu sangat...

Apa bezanya ya? Ada bezanya. Bezanya dalam berdebat kita kemukakan hujah, kan? Hujah yang logik. Yang berasas. Yang ilmiah, kan? Aku percaya dalam perdebatan, semua pihak yang berdebat maukan objektif yang sama - resolusi. Betul kan?Tapi bertekak ni lain. Lain sangat. Bertekak ni sekadar melepaskan marah. Berkelahi ya? Berselisih pendapat kan? Keluarkan pendapat ikut rasa semata-mata. Dan objektif masih sama tapi berbeza. Bagaimana ya? Objektif yang sama tapi bercanggahan antara semua pihak yang terlibat. Macam mana tu? Semua pihak nakkan pihak dia yang menang. Itu la objektifnya, kan? Kemenangan untuk pihak masing-masing. Tapi takkan semua pihak boleh menang pada masa yang sama ya? Sampai bila-bila pun takkan ada yang menang, kan?Aku sedih kalau sahabat aku bertekak.... sedih sangat...

Wednesday, July 13, 2005

Jangan Menipu

Suka ya menipu? Nak lepaskan diri yang dah cornered, maka carilah scapegoat. Siapa yang sudi maka dialah kambingnya. Kambing bersifat apa ya? Tak mandi. Busuk. Tak sekolah. Bodoh. Mengembek dalam nada yang sama walau dalam apa keadaan pun. Sudi jadi kambing? Dah tentu mereka yang tak sekolah saja yang sudi.

Untuk lepaskan sesak pun orang akan menipu. Tipu dokumen. Tipu orang lain. Tipu kerajaan. Tipu penyamun. Orangyang bersekongkol pulak? Kambingkah mereka? Kalau mereka bersekongkol dengan menjadi scapegoat, maka kambinglah. Kalau mereka bersekongkol dengan membantu, apa pulak ya? Kalau perpetrator yang membuat, accomplice la jadinya mereka tu. Subahat. Sama saja status dan standardnya dengan penjenayah tu sendiri.

Yang tak bersekongkol tapi mengetahui penipuan tu berlaku pulak? Haruskah bertindak? Serupa tak dengan seseorang yang nampak bom dipasang pada sebuah keretapi, tetapi tak buat apa-apa pun. Malah dia sendiri pun naik keretapi yang sama.

Mungkin letupan tu akan membunuh semua penumpang tak berdosa yang ada di dalam keretapi. Mungkin serpihan letupannya akan mencedera malah membunuh manusia yang berkampung di pinggir landasan keretapi. Mungkin orang yang tahu kewujudan bom itu tidak dikesali oleh sesiapa akan matinya. Tetapi bagaimana dengan penumpang yang lain? Orang kampung di tepi landasan?

Sanggupkah menghadapi ke semua mereka dan waris-waris mereka di akhirat kelak?

Saturday, July 09, 2005

Teka Lagi


Yup! It's our very own 11 heaven K-Ozist! Guess who????

  • macam kucing... quiet but u'll find out the fire within once the border's crossed
  • friendly but meticulously careful (???)
  • diminati? hmm..... hmmm..... oleh siapa ya?

Thursday, July 07, 2005

Those Days... Now... Tomorrow...?

Those were the days! Such happy times. The team was good. The environment was good. The money was good. Everything was good. And most importantly... everybody was a good friend to each other.

Now only true friends remain friends. Other things have changed. Those were the days. Now are the days.

Wonder what tomorrow would be......................

Saturday, July 02, 2005

Kuda....kopi satu

Si Poyo haus dia nak minum kopi, so dia pun nak suruhlah kuda-kuda dia buat kopi. Poyo pun cakap kat kuda A, ko buatkan aku kopi segelas, aku nak minum panas-panas, buat sekarang. Lepas tu kuda B lalu depan si Poyo. Si Poyo pun cakap.....ehh B, kau buatkan aku air kopi satu gelas, aku nak minum masa tengah panas-panas, kau buat sekarang. Lepas tu datang pulak kuda C (yang sebenarnya nak jumpa si Poyo pasal nak tanya benda lain) si Poyo pun cakap kat kuda C, emm...C, kau buatkan aku air kopi satu gelas, aku nak minum masa tengah panas-panas, kau buat sekarang. Pas tu Poyo pun nak pergi bilik air, terserempak dengan kuda D, Poyo pun cakap kat D,..D, kau buatkan aku air kopi satu gelas, aku nak minum masa tengah panas-panas, kau buat sekarang. Lepas tu si Poyo keluar dari bilik air dia terserempak dengan si E, Poyo pun cakap dengan E, E..kau buatkan aku air kopi satu gelas, aku nak minum masa tengah panas-panas, kau buat sekarang. So si kuda A,B,C,D dan E pun masing2 buatlah kopi. Tapi depa semua tak tahu yang masing2 dapat same instruction dari si Poyo.
Bila kopi2 tu semua dah siap, maka sekor2 kuda pun masuklah bilik si Poyo sebab nak bagi kopi yang depa dah buat tadi, sekor2 cakap dgn si Poyo 'ni kopi yg tuan nak tadi'. Sekali Poyo tengok kopi sampai 5 gelas daa...pas tu Poyo cakap kat depa..tak pe hang letak kat atas meja. Pas tu si Poyo terus blah, segelas kopi pun dia tak minum. 2 hari lepas tu barulah si Poyo ni masuk balik ke bilik dia, pas tu dia tengok ada 5 gelas kopi kat atas meja dia, then baru dia teringat 2 hari lepas dia ada suruh kuda2 buat kopi...so dia pun minumlah kopi tu satu per satu. Bila dia minum je..dia rasa kopi tu dah sejuk..Poyo pun cakap..'cis aku nak kopi panas, ni kopi sejuk'. Dia rasa gelas lagi satu 'ni pun sejuk'. Dia rasa yang lelain pun semua dah sejuk.
Pas tu si Poyo pun panggil semua kuda2 masuk miting. Dia pun cakap, aku suruh hang buat kopi panas bukan kopi sejuk. Salah satu kuda pun cakap, 'tapi tuan...kopi tu dah 2 hari kami buat, so memanglah dah sejuk.'
Baghal ekk si Poyo ni.

S A B A R

Pernah tengok citer Sabarudin Tukang Kasut? Dalam tu P. Ramlee ada nyanyi lagu berjudul Sabar. Ni lagunya, tapi liriknya aku tukar laaaa........

Sabar

Beginikah derita
Hai nasib pekerja kat sini
Bulan dah bertukar
Masih belum dapat gaji
Camane
Nak pergi joli
Apakan daya
Berhutang ceti
Duit kereta
Blom bayar lagi
Minggu depan
Aku jalan kaki

Di mana keadilan
Yang aku harap-harapkan
Tokey masih jutawan
Aku anak beranak
Kebulur tak makan
Disuruh kerja
Sampai pukul sembilan
Sedangkan gaji
Tak mampu lunaskan
Inikah
Yang dipanggil insan
Atau sebenarnya
Dialah syaitan

Mengapakah tak ada
Rasa malu pada kita
Dikerahnya bekerja
Sedangkan gaji
Tak bayar juga
Dah hilang
Rasa percaya
Kini dah rasa
Menyampah pula
Kalau tunggu
Lebih lama
Nyampah bertukar
Jadi benci pula

Thursday, June 30, 2005

Change

"Life is about change. Sometimes it's painful, Sometimes it's beautiful, but most of the time, it's both"
Lana Lang, Smallville

The Look Of Love

Remember me, remember this song. Love you, my friends!

The Look Of Love – Diana Krall

The look of love
Is in your eyes
The look your smile can't disguise
The look of love
Is saying so much more
Than just words could ever say
And what my heart has heard
Well it takes my breath away

I can hardly wait to hold you
Feel my arms around you
How long I have waited
Waited just to love you
Now that I have found you

You've got the look of love
It's in your face
A look that time can't erase

Be mine tonight
Let this be just the start
Of so many nights like this
Let's take a lover's vow
And then seal it with a kiss

Don't ever go
Don't ever go
I love you so

Wednesday, June 29, 2005

The Choice

Somebody sent me an email with the following article. I find the article so intriguing and should be shared with others. I'm so sorry I don't know who originally wrote this, but whoever that person is, let me tell you this: THIS IS GOOD!

"EVERY moment in life, we are faced with a choice. Which should command our preference - the demands of our job or the duties to our family?

If there is a board meeting today at the same hours that our son graduates from school, where should we go - to the boardroom or to the graduation ceremony?

If we have to make a very important presentation tomorrow, so as to advance our career, but our wife says she has to see the doctor on a suspicion of cancer, which appointment should we keep?

These are the daily battles of conscience we have to wage, trying to keep a balance between our responsibility to earn a living and our opportunity to live a life. And our choices invariably reveal who we really are.

Our preferences indicate our true character. Our priorities are the best indicators of our real identity.

What profits success?

I know that many of you out there would go for career on the pretension that after all, you are doing all these for the family.

Many of you, dear readers, would rather become outstanding employees, model personnel instead of being doting fathers or loving husbands.

Many of you would opt to perform exceedingly well in the office even if you work 12 to 16 hours a day, going home only to change clothes or catch a few hours of sleep. But what for? At the end of the day, what have you accomplished?

What profits a highly successful professional or wealthy businessman if ultimately, he loses his family, wrecks his marriage or dishonors the name he will leave to his children?

What has a rich man accomplished if he has built a fortune and founded conglomerates of highly profitable companies and yet drives his own wife to vices or infidelity, his children to drugs and delinquency and himself to spiritual decay and total burnout?

What matters most?

Look around you. The evidence is overwhelming and irreversible. Families are shattered. Marriages are broken. Lives are reduced to utter emptiness.

Even as man advances in wealth and success, he deteriorates on the basic standards of joy, peace and serenity. As we all compete and struggle for power and possessions, we often neglect what really matters most. In our insatiable mania for supremacy over the rest, we often forget the most important things in life.

I will respect your choice. But as for me, my priorities are clear. Between career and family, I will always go for family. I can forego that board meeting and earn the ire of my boss or make a bad impression on my peers. But I shall not inflict a lifetime trauma on my son by sending him alone to graduate without his dad. I can forget that business presentation and lose a valued client or waste a career promotion, but I cannot leave my wife alone in her moments of anxiety.

Meaningless?

Why should a well-known public figure commit suicide given all his fame and fortune? Can his wealth and wisdom compensate for ruptures in his relationships?

Why should a wife of a famous politician commit adultery with the family driver? Is it lust or vain fixation for the pleasures of the flesh? Or is it the pain of being neglected and ignored by the husband she used to adore? Why should a son cut his wrist or a daughter drink poison despite all the luxuries and pleasures they are showered with?

Can money replace love?

Can pleasure take the place of affections?

In this age of top line technology and convenience gadgets, why are humans talking to computers rather than with each other?

Why are we retrenching people and replacing them with robots and machines?

Why have we lost the simple joys of nurturing relationships with bank tellers because we have replaced them with ATMs?

Why, with all our cells, e-mails, Internets, websites or the endemic texting, are we no longer communicating?

Why are family members no longer talking to each other?

The ultimate hell?

To succeed in career and fail in the family is, to me, the ultimate hell.

John Grisham, that famous author of legal fictions wrote "The Testament," which tells of a highly successful industrialist who made billions of dollars but lost his family.

In the first 10 pages of the novel, he jumped to his death from his multi-story building in front of his self-centered children. By his will, he disinherited all of them and bequeathed his entire estate to an illegitimate daughter who refused to accept it. That is the ultimate irony; those who lusted for money lost it. Those who were given all the money refused it.

In all his dozen masterpieces, Grisham tells us about the importance of family. "A Time to Kill" tells of a father who went to jail for killing his daughter's rapists.

Indeed, we who are simple folks should learn from the mistakes of others. We should straighten our lives and put our priorities in order.

I don't know about you. But as for me and my house, our credo is:
There is no success in a career that can make up for a failure in the
family."

Monday, June 27, 2005

Menghitung Hari

Menghitung hari...
detik demi detik....

Macam mana rasanya kalau dah tau yang kita akan kehilangan pekerjaan dan kita tau bila tarikh keramat tu akan jatuh? Sama tak macam menunggu kematian? Definitely tak sama kan? Tapi one thing for sure maa..... persediaan harus dibuat.

Sedih kengkadang bila terpaksa handle kes-kes cenggini. Kita terfikir tentang anak isteri dan keluarga yang ditanggung oleh pekerja-pekerja organisasi tu. Tapi apa yang boleh kita buat sebenarnya? Masing-masing tertakluk pada professional ethics masing-masing. Yang hampasnya ialah professional ethincs tak semestinya tertakluk pada prinsip perikemanusiaan. Professional ethics tu by itself bermaksud memberikan perkhidmatan atas dasar dibayar kerananya. Jadi professional ethics bergantung kepada duit. Dan terbuktilah bahawa duit, materialisma tu semua ada kalanya mengenepikan unsur-unsur kemanusiaan pun.

Seharusnyakah duit menjadi lawan manusia... bukannya kawan....???

Wednesday, June 22, 2005

Loyalty

Loyalty is what everybody wants and ironically it only exists where there is a relationship - love, marriage, friendship, patriotism, and.... employment!

But then the question is, as far as employment is concerned, to whom should loyalty be given? As far as patriotism is concerned, particualrly in a democratic country where it is ruled by a majority party, I believe loyalty is to be given to the country rather than the government. But in a company? Are we supposed to be loyal to the owner of the company?

What about a public listed company?

The owners of the company are NOT God. They're humans. They make mistakes. And worse, they have personal interests. A company consists of employers and employees. The bigger the company, the more employees they have and the lesser employers there will be in terms of ratio.

In a situation where the company is headed by ass****s and they are directing it towards detriments, what shall the employees do? Like a wagon where the employees are the horses and the driver are heading towards a deep cleft, should the horses stop although the driver did not instruct so?

Well, being horses the employees cannot make their own decision. It's just so unfortunate that the horses have idiots as drivers. But what if there are other people out there who wanted to take over the wagon from the idiots? The current idiots intend to kill the horses gradually until there will only be enough horses to feed or no horses left at all to move the wagon. The new driver may not be better, but at least it is proven that the current driver always leave the horses to starve before serving the necessary food. Because of the starvation, the horses have to utilise the food more than what has already been allocated to them. This situation cannot and must not continue.

The new driver may not be better, but they are not necessarily worse. We don't know yet, do we? How do we ever know? I guess we just have to give them a chance to mend the wagon. Only then will we know how good a driver they are.

So horses! Let's start kicking now! Kick the idiots on the wagon until they fall to the ground. Then, whoever wish so, stamp on them until they die miserably! Let's prepare the wagon for the new driver. May be if we clean the wagon properly, thenew driver will be impressed and give us better food when they begin to move the wagon toward new directions!

Good Luck!

Monday, June 20, 2005


Ulasan selari daripada Sam the Great (apsal ko takmo poskan kat dlm ni ek Sam?):

Itu hadiah untuk pekerja cemerlang kompeni kot...maklumlah kita semua macam kuda, kompani adalah wagon nya...so dalam bebanyak kuda tu kenalah semua berlari...jangan kepala je bergoyang tapi kaki tak bergerak. Emm...pas tu kuda-kuda tu kenalah selalu senyum...jadikan ia budaya kompeni...nanti tak de la org luar tegur.."apasal muka pekerja2 kompeni ni masam je..tak de yang senyum" ikut la macam rasmi tokeh..'makin susah, makin banyak senyum'. Tapi kan....yang bawak wagon tu tahu ke kemana arah kete kuda tu nak pergi?? kiri ke..kanan ke..depan kee..(jangan suruh gostan sudah..haru kuda nak jalan ke belakang)..dan...kuda2 tu semua cukup makan ke?? makan rumput jenis baik ke...atau makan hampas je...dan...wagon tu dalam good kondition ke...contohnya, tayar dlm keadaan baik, cukup minyak pelincir. Kalau wagon tu tak de tayar...bukan ke haru kuda2 tu semua nak tarik. Pas tu jangan la ramai sangat dalam wagon tu...sampaikan kuda tak larat nak tarik. Emm..itulah palsampah si poyo yang bagi pekerja sarapan di satu hari sabtu. Sabtu2 akan datang tak tahulah ada sarapan lagi ke tidak.

Thursday, June 16, 2005

Ibu

Pinjam puisi Najwa Aiman...



Tersemai benih zuriat
Lalu bertunasnya hikayat
Penderitaan yang mula sarat
Bakal ditanggung sepanjang hayat

Didik dan besarkan menjadi pusaka
Yang bercambah subur menjemput syurga
Yang layu terkubur mengundang neraka
Yang pasti ibu diheret sama

Justeru tiadakah pengorbanan
Yang lebih agung dari kematian
Selain bagi seorang ibu yang melahirkan
Zuriat yang dididik menjadi berlian
Lalu berkilau di langit zaman
Hingga ynag hitam bisa bergemerlapan
Dengan keringat ibu yang kebanjiran

Kepada ibu yang mewarnai dunia
Dengan kemilau zuriat yang berjasa
Di akhirat syurgamu sudah tersedia
Apatah lagi ganjaran di dunia

Teka..!

You have tried to guess this one:

Now try guessing these two:


Who's the deeply buried crying baby?


Who's this baby with black stone rantai?

Tuesday, June 14, 2005

Kawan

Kawan. Yang mana lagi bagus, ada kawan ramai tapi tak berapa bermakna atau ada kawan sikit tapi semuanya bermakna. Bermaknanya tu maksudnya you are willing to sacrifice for them dari segi apa pun la. Saya ada sorang kawan ni... duduk dekat je ngan rumah. Tapi jarang langsung berjumpa, cakap telepon ker e-mail ker apa ker.. tapi bila jumpa jer.. eventho its been ages pun, but bercakap tu mcm baru last jumpa pagi tadi or semalam. Macam mana tu ek? Mana korang suka, kawan yang mcm ni ataupun kawan yang selalu jumpa, tapi sekadar menghabiskan masa jer? Ada jugak kawan yang dia takde pun, kita still teringat kat dia and tahu that dia care about kita jugak. Ada jugak kawan, bila kita call, ckp mcm lama tak dgr berita... etc... tanya kenapa tak call, tak contact. Tapi dia sendiri pun tak contact kita. Ermmm macam mana pulak tu?
Macam-macam perangai betul la kawan-kawan ni. Tapi to me... the most important thing is kawan tu be able to be with you whenever you need them. Biar la lama ke tak jumpa ker, apa ker.. tapi.. whenever you need someone to have fun with, someone to cry to ker, someone to “just hang around” jer.. dia ada. Even if dia takde physically depan you, but still dia try to offer anything to layan kita... best kawan mcm ni.. heheheheh. I have few precious friends that I love all my heart. Dgn dorang ni, I don’t mind if dorang kutuk ker, dorang marah ke etc… They never judge and dorang ni truthful. They support me and if they don't, they let me know. We have ups and downs, biasala kan... But we are so comfortable with each other that we don’t have to be pretentious. We are so comfortable that sometimes, we don’t have to explain ourselves. Maybe sebab dah lama kenal. We are what we are. But the base of any relationship to me is RESPECT, TRUST and KEIKHLASAN (cam tak jumpa equivalent English word to this). Oh I do love my friends. I hope I can find such friends here as a well. Love ya!

Monday, June 13, 2005

Keje Shift Malam

Heheheh... lama dah wa tak post kat sini... and I am still waiting for Shaff to send something... Moon pun belum post apa apa ek? I am still at the office.. kunun2nyer for International Desk.. chewah.. macam2 kampeni ni.... dulu2 dok buat contracts beratus2 dengan overseas counterparts takde plak yang kene keje shift ni ek? okay jer plak semer contracts concluded.... kalau kene stayback, buat jer la... tapi bagus gak cam ni... leh masuk kol 1 tengahari.... balik lewat tu takde la poblem sangat... hihihihihi.... setakat ni takde saper pun yang suruh wa buat apa apa.... except sorang bos... mintak contract obersi gak la.... tapi dia nak esok (wa dah siap pun). So, semer orang dah balik kat area ni except me.... tak tau lah sampai bila arrangement ni bertahan ek?

dpd web Rel

Aku biasa terima emel dari http://groups.yahoo.com/group/Relexjap/ dan aku suka beberapa artikel yang disiarkan dlm tu. Ilmiah gak la especially yg berkaitan hal hukum-hakam. Tapi ada satu artikel ni aku minat sangat membacanya dan aku nak kongsi dengan kengkawan kat sini dan jugak tetamu yang ter-eksiden bertandang ke mari. Aku harap geng-geng di Relexjap tak marah aku siarkan kat sini especially empunya puisi yang panggil dirinya bEdi.


Siapakah Gerangan Sang Pemuja?

Aku tahu aku insan istimewa
alhamdulilah.. aku bersyukur ke hidratNya
namun siapakah gerangan sang pemuja..
saban hari mengirimkan aku sms tanpa nama
menelefon sekadar untuk mendengar suara

Aku tahu aku insan istimewa
alhamdulilah.. aku bersyukur ke hidratNya
namun siapakah gerangan sang pemuja..
terkadang menelefon di office juga
sekadar untuk mendengar suara
namun enggan berbicara

Aku tahu aku insan istimewa
alhamdulilah.. aku bersyukur ke hidratNya
namun siapakah gerangan sang pemuja..
mengirim sms tanpa nama
melahirkan rasa hati
sesungguhnya aku insan teristimewa..
sesungguhnya akulah ratu sanubarinya...

Aku tahu aku insan istimewa
alhamdulilah.. aku bersyukur ke hidratNya
namun siapakah gerangan sang pemuja..
yang berselindung disebalik private call
and no number...
takutkah dikau??
malukah dirimu??
atau sekadar melepas rindu??
atau mungkin juga ex yg pernah bersama..
tewas melawan badai asmara
kandas menahan gelora rindu..
lantas jadikan dirimu pemuja setia!

~bEdi090605~

AF3 vs Mentor

Mawi...Mawi...Mawi...
Alahaiii...Mawi lupa lirik lagi...tapi suara tetap power! Pada aku, give him a chance, nama pun baru nak belajar, tak patut jadik issue bila Mawi lupa lirik masa konsert AF3 last week. Alaaa...professional singers pun boley lupa lirik...lagi pulak nama2 besar like ziana zain yg salu lupa lirik, jamal abdillah pun lupa lirik, misha omar nyanyi kat obersi lagi sampai tak ingat lirik & have to pull out the song sebab tak ingat lirik nak nyanyi sampai kena mintak maap kat penonton. At least, Mawi tak panic masa dia lupa lirik, just ulang baris lagi sekali & terus menyanyi dengan bagus. Hidup Mawi!! MawiMawiMawiMawiMawi.....Aku tetap soking Mawi!!

Aku tengok Mentor semalam...tough fight sebab Mentor-mentornya Zainal, Ning, Ct & Liza Hanim. Aku suka Protege Zainal...si Pija tu....sore dia fuhhh...power. Protege Ning pun ok si Yanie tu tapi aku lebih sokong Pija bukan saje sebab aku suka Zainal tapi sebab aku rasa Zainal seorang Mentor yg bagus...tengok la cara dia mendidik si Pija tu...at one time masa dia tak boley coach si Pija sebab ada urusan & terpaksa keluar, dia tinggalkan Pija with an instructor to do exercise sambil menyanyi untuk latihan stamina....i salute him, bukan la macam Ct tu...tinggalkan Protege dia berlatih sesorang kat bilik hotel Intekma tu sedangkan dia ke Indon....itu ke namanya star yg jadik mentor...hmmm...hampehh...Aku tengok Mentor-mentor lain semer bersungguh-sungguh mendidik Protege masing-masing, credit also to Ning & Liza Hanim.

Friday, June 10, 2005

Panas?

Panas betul sekarang ya? Rasa macam duduk belakang peti ais. Hujan pun turun main-main jek... Kejap-kejap reda. Kejap-kejap reda. Tak pernah nak lebat pun. Langit mendung dah baikkk punye tetiba hujan turun macam air paip kat negeri selangor waktu pagi-pagi... 0.15 tps (titis per second). Pastu berenti pulak hujan tu... pun mcm air paip kat negeri selangor jugak.

Tapi masa aku kat UK time winter dulu... adoi... rasa mcm nak terbang je balik Malaysia! Sejuknya ya Allah ya Tuhan...!!! Jgn kata nak kuar rumah, nak turun dari katil pun takut! Takut terpijak part lantai yang karpetnya dah koyak mendedahkan simen... sejukkkkkkk......!!!!!! Masa tu aku pikir kenapa la UK ni sejuknya macam... macam... hmm.... macam apa ya? Macam sejuk laa....

Tapi bila kengkawan hantar gambar-gambar yg macam ni, baru aku sedar tak sejuk takat mana sgt la UK tu sebenarnya. Tak pernah lagi sepanjang aku kat UK aku nampak fenomena camni.

Kalau korang ada gambar-gambar fenomena yang melampau camni, kongsi la kat sini. Lagi bagus kalau bagitau kat mana dan bila, dan citerkan la sket kenapa jadi camtu.

Aku dah berminat nak jadi pengkaji alam sekitar pulak skg memandangkan keadaan tgh pokai kering skg kan... Kaji alam sekitar tu kan ke jauh lebih baik dpd jadi assassin dan tuju senapang ke mortar ke haper ke kat kepala org2 tertentu kat sini? Agaknya pasal tu diorang nak pastikan kita miskin - supaya kita tak mampu nak upah assassin...

Sedar diri pulak yang diorang tu sebenarnya dibenci oleh makhluk sejagat... asyik kena sumpahan org2 sendiri, patutlah terlungkup dan tersimpang di balik Katong....

Eh.. tetiba citer pasal spesis haiwan jadian pulak... sowiii....

Berbalik kepada citer apa ya? Oh ya! Citer alam sekitar. Aku dah suka tengok gunung-ganang sekarang sebab mesti mengingatkan aku pada kampung. Sonotnya balik kampung lalu highway tu sebab dpt tgk gunung-ganang, especially yg dekat dgn plaza tol tu. Tol? Tu pun satu hal lagik! Naik je memanjang! Petrol pun naik! Ayam pun! Siapa yang naikkan?

Eh... melalut lagi... kenapa ya? Oh ya! Sebab kekasih takda di sisi sekarang....